SOALAN:
Apakah kluster galaksi?
JAWAPAN:
Kluster galaksi merupakan struktur objek samawi terbesar yang terikat secara graviti semasa proses pembentukan struktur alam semesta.
Kluster galaksi juga merupakan bahagian yang paling berketumpatan tinggi bagi struktur skala-besar alam semesta.
Dalam model kegravitian pembentukan struktur alam semesta dengan jirim gelap sejuk, struktur yang paling kecil akan runtuh terlebih dahulu dan bergabung untuk membentuk struktur paling berskala-besar iaitu kluster galaksi.
Kumpulan galaksi dan kluster galaksi boleh mempunyai 10 hingga ribuan galaksi-galaksi.
No comments:
New comments are not allowed.