Wednesday, November 17, 2021

Apakah kelebihan astronomi radio?

SOALAN:

Apakah kelebihan astronomi radio?


JAWAPAN:

  1. Kluster galaksi merupakan struktur objek samawi terbesar yang terikat secara graviti semasa proses pembentukan struktur alam semesta.

  2. Kluster galaksi juga merupakan bahagian yang paling berketumpatan tinggi bagi struktur skala-besar alam semesta.  Dalam model kegravitian pembentukan struktur alam semesta dengan jirim gelap sejuk, struktur yang paling kecil akan runtuh terlebih dahulu dan bergabung untuk membentuk struktur paling berskala-besar iaitu kluster galaksi.

  3. Kumpulan galaksi dan kluster galaksi boleh mempunyai 10 hingga ribuan galaksi-galaksi.  Astronomi radio ialah satu sub-bidang astronomi yang mengkaji objek samawi pada frekuensi radio dari 3 kHz hingga 300 GHz (iaitu julat jarak gelombang 1 mm ke 100 km). Sinaran seperti ini dapat menembusi atmosfera Bumi maka antara kelebihannya, ia boleh dicerap dari Bumi.

  4. Pencerapan objek-objek samawi dijalankan melalui antena-antena radio yang digelar teleskop radio yang digunakan secara tunggal atau dengan menggabungkan beberapa teleskop yang berhubung dan menggunapakai teknik interferometri radio dan sintesis aperture.

  5. Penggunaan interferometri membolehkan astronomi radio mencapai resolusi sudut yang tinggi (sehingga mikro arka-saat) dimana resolusi ini adalah yang tertinggi boleh dicapai berbanding resolusi menggunakan teleskop optik dan inframerah.

No comments: