Siaran Media

 


SIARAN MEDIA

PLANETARIUM NEGARA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

             __________________________________________________________

 

PELANCARAN INISIATIF PROGRAM PEMBUDAYAAN ASTRONOMI DAN

SAINS ANGKASA

‘BIG BANG ASTRONOMY 2021’

PLANETARIUM NEGARA

_________________________________________

 

KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2021 -  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi julungkalinya memperkenalkan 1 inisiatif baru dengan penglibatan keseluruhan keluarga Malaysia iaitu Big Bang Astronomy yang telah bermula sejak 27 Ogos yang lalu dan dijangka tamat pada 30 November 2021.  Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan pembudayaan dan pengaplikasian Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi atau ringkasnya STIE yang telah ditetapkan dalam teras kelima Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN 2021-2030).

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, Big Bang Astronomi dilaksanakan oleh Planetarium Negara dengan tema Women In Space untuk memberikan inspirasi dan galakan kepada generasi muda, terutamanya di kalangan wanita untuk membabitkan diri dalam industri astronomi dan astrofizik. Ia juga bertujuan memberi penghormatan kepada sumbangan wanita dalam bidang astronomi dan sains angkasa.


Tambah beliau,
sejajar dengan teori saintifik Big Bang iaitu alam semesta wujud hasil dari letusan mega yang teramat besar sehingga menyebabkan permulaan ruang dan waktu.  Maka program Big Bang Astronomy julung-julung kalinya dilaksanakan sebagai inisiatif pendidikan, kesedaran astronomi dan sains angkasa agar mencetus budaya celik STI dan intellectual curiosity dari usia muda, membolehupaya peluasan pemikiran dan seterusnya meningkatkan daya saing masyarakat.

Bagi memeriahkan lagi program Big Bang Astronomy, Planetarium Negara menganjurkan 15 aktiviti yang disokong oleh 21 rakan strategik dan penggiat astronomi serta 21 orang ahli astronomi professional Malaysia yang bersedia untuk merakyatkan astronomi negara.  Melalui inisiatif ini, Planetarium Negara meletakkan harapan supaya program ini memberikan impak yang berkesan kepada rakyat untuk memahami kepentingan bidang berkaitan astronomi. 

 

Sempena pelancaran Big Bang Astronomi 2021, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, turut mengumumkan pembukaan semula Planetarium Negara kepada seluruh Keluarga Malaysia iaitu mulai Jumaat, 12 November 2021.  Pada Sabtu dan Ahad hari berikutnya iaitu pada 13 dan 14 November 2021, Planetarium Negara turut menawarkan kemasukan PERCUMA kepada semua pengunjung.  

 

Big Bang Astronomi 2021 dengan 15 pakej pendidikan astronomi, sasaran 1 juta dalam tempoh 100 hari bersama penglibatan dan penyertaan kepada seluruh Keluarga Malaysia termasuk aktiviti khas kepada golongan kurang upaya penglihatan.  Kami menyediakan:-

a.     7 pertandingan dan 4 daripadanya adalah pertandingan peringkat kebangsaan

b.    14 Siri bual bicara (10 anjuran PN dan 4 dengan kerjasama rakan strategik) melalui medium internet bersama pakar-pakar berkaitan bidang astronomi termasuk mengenai laluan pendidikan dan kerjaya dalam bidang angkasa, astronomi pra kemerdekaan, peranan astronomi dalam kehidupan seharian dan pencerapan sistem suria.

c.    Pameran maya - lawatan ke Planetarium Negara melalui melalui aplikasi Google Streetview dan Facebook, Srikandi Angkasa yang memperkenalkan 13 orang Ahli Astronomi Wanita Malaysia dan Canvas To Cosmos yang bertemakan objek angkasa seperti Bulan, planet-planet (planetary) dan Deep Sky Objects. Karya ini dihasilkan menggunakan medium warna air dan akrilik.

d.   Astronomi Dari Perspektif Seni - mempelajari sains angkasa dan astronomi melalui keindahan seni lukis dan deklamasi sajak berunsur pembelajaran fizik kuantum; dan

e.  Khas untuk pelajar kurang upaya penglihatan mengenai pembelajaran sistem suria dan fungsinya dalam kehidupan seharian - Space Insight; #PlanetariumGoldenHeart

f.    elemen edutainment yang diterapkan melalui aktiviti “Space Fit” dan Tik-Tok Challenge dengan tema “Women in Space” dan “Asteroid Hunters” untuk orang ramai mempelajari asteroid melalui kaedah gamifikasi dan seni hiburan (edutainment).

 

Tajuk-tajuk menarik dalam sesi bual bicara termasuk “Peranan Astronomi Dalam Kehidupan Seharian”, “Astronomi: Hadiah Malaysia Kepada Dunia” dan “Peranan Teleskop Kecil Dalam Pendidikan Sains Angkasa”. Bagi membuka minda murid-murid dan ibu-bapa mengenai prospektif pendidikan dan kerjaya dalam bidang angkasa ini, “Laluan Pendidikan dan Kerjaya dalam bidang Sains Angkasa” turut dibincangkan.

 

Melalui pelbagai aktiviti pembudayaan bersempena Big Bang Astronomy, adalah diharapkan dapat menggalakkan rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk meneroka teknologi angkasa, memupuk minat terhadap ilmu sains seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam bidang STEM bagi menggalakkan pembangunan dan kemajuan STI negara.

 

-       Tamat   -

Unit Komunikasi Korporat

Planetarium Negara


No comments: