Minggu Angkasa Sedunia (World Space Week) merupakan sambutan peringkat antarabangsa yang telah diisytiharkan pada tahun 1999 di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (The United Nations General Assembly). Perhimpunan ini telah mengisytiharkan bahawa Minggu Angkasa Sedunia disambut pada tarikh 4hb hingga 10hb Oktober setiap tahun bagi memperingati dua peristiwa penting iaitu:
* 4 Oktober 1957: Pelancaran satelit bumi buatan manusia yang pertama, Sputnik 1, sekaligus membuka laluan penerokaan angkasa; dan
* 10 Oktober 1967: Majlis menandatangani Treaty on Principles Governing the Activites of States in the Exploration dan Peaceful Uses of Outer Space termasuk Bulan dan objek-objek samawi lain.
Tema bagi Minggu Angkasa Sedunia 2021 ialah “Women In Space”.
Oleh yang demikian, Planetarium Negara juga telah memilih tema "Women In Astronomy" bagi menyertai sambutan ini dengan objektif untuk memberikan inpirasi dan menggalakkan generasi muda di kalangan wanita seluruh di seluruh negara untuk meneruskan pembelajaran dalam STEM dan seterusnya karier dalam industri angkasa.
Selain itu, Minggu Angkasa Sedunia 2021 juga meraikan pencapaian dan sumbangan wanita terhadap sains dan sektor angkasa.
No comments:
New comments are not allowed.