Bagaimana kecerdasan buatan (artificial intelligence) telah menyumbang dalam bidang astronomi?
JAWAPAN:
Kecerdasan
buatan adalah kecerdasan yang ditunjukkan oleh mesin, ini bermaksud bahawa kita
boleh membenarkan mesin membuat keputusan untuk kita. Pada masa ini, astronomi
telah berpindah tumpuannya dari teori ke arah berdasarkan data, ini disebabkan
bahawa kita mempunyai berbilion-bilion data dan gambar objek samawi yang
disimpan di internet. Sukarnya kalau manusia perlu membaca berbilion-bilion
data bintang atau galaksi satu demi satu, jadi kita memerlukan bantuan komputer
untuk memproseskan data tersebut.
Ahli astronomi boleh mengajar komputer untuk membuat kajian astronomi untuk kita, cara ini memberikan ‘kecerdasan’ kepada komputer kita. Sebagai contoh, ia dapat membantu mengenal pasti dan mengasingkan gambar galaksi dan bintang, memberitahu kita berapa jauh sesuatu bintang dari kita, memproses ribuan pengiraan dalam tempoh minit, mencari hubungan antara kecerahan dan jisim galaksi, dan sebagainya. Kecerdasan buatan membantu ahli astronomi melakukan tugas yang tidak dapat dilakukan oleh manusia yang batasan otak terhad, seterusnya membantu kita memahami alam semesta yang kompleks ini.
No comments:
New comments are not allowed.