Sunday, December 19, 2021

Apakah 'Zon Bebas Radio (Radio Quiet Zone)'?

SOALAN:

Apakah 'Zon Bebas Radio (Radio Quiet Zone)'?


JAWAPAN:

Zon bebas radio adalah kawasan di mana tiada gangguan atau transmisi radio untuk melindungi sebuah teleskop radio.

Penempatan sebuah teleskop radio perlu mengambil kira lokasi yang minimum daripada gangguan frekuensi radio.

Gangguan frekuensi radio dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti telekomunikasi radio dan peralatan elektrik.

Walaubagaimanapun mustahil untuk mendapatkan lokasi yang bebas radio.

Oleh itu kebiasaan teleskop radio ditempatkan di kawasan yang jauh dari penempatan dan aktiviti manusia.


< Soalan Berkaitan Bidang Astronomi

Apakah perbezaan astronomi radio dan astronomi optik?

SOALAN:

Apakah perbezaan astronomi radio dan astronomi optik?


JAWAPAN:

Teleskop optik menggunakan cermin atau lensa kaca untuk memusatkan cahaya yang kelihatan ketika masuk melalui bukaan sesebuah teleskop.

Manakala teleskop radio pula digunakan untuk mengkaji panjang gelombang yang lebih panjang daripada gelombang cahaya.

Selalunya, teleskop radio menggunakan piring (dish) untuk memfokuskan gelombang radio ke pusat penerima.


< Soalan Berkaitan Bidang Astronomi

Bagaimana cerapan objek langit dilakukan?

SOALAN:

Bagaimana cerapan objek langit dilakukan?


JAWAPAN:

Cerapan objek langit boleh secara mata kasar atau dengan alat optik seperti teleskop.

Cerapan suatu objek langit bergantung kepada lokasi pencerap, tarikh dan waktu cerapan, koordinat objek yang hendak dicerap.

Keadaan cuaca dan kejernihan langit ketika cerapan perlu diambil kira kerana hal ini sangat memberi kesan terhadap cerapan.


< Soalan Berkaitan Bidang Astronomi

Bagaimana penentuan awal bulan Islam?

SOALAN:

Bagaimana penentuan awal bulan Islam?


JAWAPAN:

Penentuan awal bulan Islam ditentukan berdasarkan kenampakan hilal samada dengan cerapan atau hitungan berdasarkan kriteria yang tertentu.


< Soalan Berkaitan Bidang Astronomi

Apakah takwim masihi dan hijrah?

SOALAN:

Apakah takwim masihi dan hijrah?


JAWAPAN:

Takwim Masihi diasaskan oleh Julius Caesar pada tahun 46 SM. 

Takwim ini berdasarkan kepada pergerakan Bumi mengelilingi Matahari dalam setahun sementara takwim Hijri diasaskan oleh Saidina Umar R.A pada tahun 17 H. 

Takwim ini berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Bumi.


< Soalan Berkaitan Bidang Astronomi