Sunday, December 19, 2021

Bagaimana waktu solat dari perspektif astronomi?

SOALAN:

Bagaimana waktu solat dari perspektif astronomi?


JAWAPAN:

Waktu solat dihitung berdasarkan posisi Matahari yang bertepatan dengan tanda waktu solat menurut fikah.

Parameter yang terlibat dalam hitungan ialah latitud pencerap, sudut waktu, deklinasi Matahari dan altitud Matahari.


< Soalan Berkaitan Bidang Astronomi

Apakah kepentingan astronomi dalam kehidupan dan ibadat?

SOALAN:

Apakah kepentingan astronomi dalam kehidupan dan ibadat?


JAWAPAN:

Untuk kegunaan dalam kehidupan seperti mengenal dan memahami alam, menentukan waktu,  menentukan pandu arah dan takwim. 

Sementara dalam ibadat untuk melaksanakan ibadat seperti waktu solat, puasa, zakat dan haji serta arah kiblat dan takwim.


< Soalan Berkaitan Bidang Astronomi

Bagaimana kita boleh mengurangkan pencemaran cahaya?

SOALAN:

Bagaimana kita boleh mengurangkan pencemaran cahaya?

JAWAPAN:

Marilah menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada masalah pencemaran cahaya ini. Berita baik, pencemaran cahaya dapat dibalikkan (reversible)

Terdapat beberapa cara iaitu:

  1. Jimatkan penggunaan pencahayaan dengan menggunakannya hanya bila dan di mana ia diperlukan. Jimat cahaya = jimat tenaga.
  2. Untuk pencahayaan luar, seeloknya dilindung cahayanya supaya tidak terserak ke angkasa.
  3. Untuk pencahayaan dalam, seeloknya ditutup dengan tirai supaya cahaya tidak terserak keluar.
  4. Jadilah salah seorang dari sains warga (citizen scientist) dengan mengukur kualiti langit malam bersama dengan kami!

   
<

Bagaimana pencemaran cahaya memberi kesan kepada manusia, haiwan dan astronomi?

SOALAN:

Bagaimana pencemaran cahaya memberi kesan kepada manusia, haiwan dan astronomi?


JAWAPAN:

Kesan kepada yang berikut:

1. Manusia

Kesihatan manusia iaitu cahaya yang berlebihan mengakibatkan kitaran sirkadian (juga dikenali sebagai jam biologikal) manusia terganggu. 

Kitaran sirkadian penting untuk pengeluaran hormon melatonin.

 

2. Haiwan

Pencemaran cahaya boleh mengakibatkan kepupusan populasi bagi spesis 
haiwan tertentu seperti penyu, penghijrahan burung, serangga, 
terumbu karang, pembiakan katak dan kodok.

 

3. Astronomi

Langit gelap adalah sumber yang kritikal bagi memahami misteri alam ini. 

Ini kerana tanpa langit gelap, ahli astronomi agak sukar mencerap 
isyarat cahaya dari jasad jauh di angkasa. 

Pencemaran cahaya mewujudkan keadaan kontras rendah yang 
membuatkan jasad samawi malap semakin sukar dilihat. 

Selain dari itu, langit gelap juga merupakan bahagian yang penting bagi 
budaya dan warisan semulajadi bagi semua peradaban.


Apakah pencemaran cahaya?

SOALAN:

Apakah pencemaran cahaya?


JAWAPAN:

Kewujudan cahaya yang berlebihan pada waktu malam kerana penggunaan atau pemasangan lekapan lampu (lighting fixture) yang tidak sesuai.


< Soalan Berkaitan Bidang Astronomi